Pakej Lengkap – Semua Dalam Satu

Kami menawarkan pakej perkahwinan serba lengkap yang merangkumi dekorasi dewan, sajian untuk tetamu dan pengantin, jurugambar profesional, bilik solekan, serta perkhidmatan andaman. Jimat masa dan tenaga tanpa perlu cari vendor berasingan, semuanya tersedia di bawah satu bumbung.

Dewan Selesa & Serba Lengkap

Dewan kami dilengkapi pendingin hawa, kemudahan khemah, hiasan menarik serta fasiliti penting seperti surau dan tandas untuk keselesaan para tetamu. Suasana yang selesa memastikan setiap detik majlis anda berjalan lancar dan menyenangkan.

Ruang Parkir Luas & Mudah Akses

Dengan kapasiti sehingga 1000 tetamu, lokasi kami menyediakan kawasan parkir yang luas dan berhampiran dewan. Tetamu tidak perlu risau mencari tempat letak kereta, serta mudah, selamat dan dekat.

Wedding Planner Berpengalaman Lebih 13 Tahun

Dengan pengalaman lebih dari satu dekad dalam merancang perkahwinan, wedding planner kami akan memberikan konsultasi yang membantu anda merealisasikan majlis impian anda.

Management by Atas Studio

Pakej kami dijayakan bersama Atas Studio, sebuah perkhidmatan fotografi profesional yang terkenal dengan sentuhan seni dan kualiti visual bertaraf tinggi. Dengan pengalaman lebih daripada 7 tahun dalam bidang perkahwinan, setiap momen berharga anda dirakam dengan teliti hingga membuatkan hasil gambar dan video yang bukan sahaja memukau, tetapi juga menjadi kenangan yang kekal abadi.

Semak Tarikh Anda

Pilih tarikh, kemudian klik butang di bawah. Selain itu, anda juga boleh melihat kalendar tempahan kami.

I
S
R
K
J
S
A

Pilih tarikh di kalendar di atas

Perkhidmatan Nur Qaseh Hall

Nur Qaseh Hall menawarkan perkhidmatan yang serba lengkap demi keselesaan klien dan tetamu kami. Berikut ialah perkhidmatan utama di Nur Qaseh Hall kami.

Dewan

Dewan serba lengkap dengan konsep minimalis yang elegan, dilengkapi tempat duduk eksklusif untuk 200 tetamu, penyaman udara, dan kemudahan seperti surau dan tandas. Terdapat satu stesen bufet, meja goodies, dan meja kek. PA system disediakan bersama emcee dan krew untuk melancarkan majlis.

Dekorasi

Dekorasi lengkap termasuk pelamin dewan yang anggun, hiasan pintu masuk yang memukau, centerpiece untuk setiap meja serta dekorasi meja tetamu yang menaikkan seri majlis.

Menu

Pilihan lauk pauk tradisional seperti nasi minyak dan nasi putih dengan pelbagai hidangan seperti gulai kawah, ayam masak merah, kari dalca, ikan masin, dan ulam-ulaman. Dilengkapi dengan air kordial dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut.

Jurugambar

Servis fotografi merangkumi gambar tanpa had, suntingan profesional, liputan penuh majlis nikah dan sanding, sesi outdoor percuma pada hari sama, serta termasuk frame bersaiz 16'x24' dan album eksklusif 10'x30'.

Andaman

Pakej andaman lengkap merangkumi solekan pengantin, persalinan sanding lelaki dan perempuan, aksesori penuh serta bunga tangan untuk menyerlahkan penampilan raja sehari.

Menu Pengantin

Menu istimewa untuk pengantin dengan hidangan eksklusif seperti udang panjat, siakap tiga rasa, ayam golek dan pilihan buah-buahan premium untuk santapan raja sehari.

Percuma

Kek satu tingkat, dekorasi welcome board, bilik pengantin, serta homestay untuk tempahan 1000 pax ke atas dan wallcandy khas bagi 700 pax ke atas.

Perbezaan Antara Pakej Nur Qaseh Hall

Semua pakej menawarkan perkhidmatan fotografi, dekorasi, makanan dan banyak lagi. Pilihan bergantung pada bilangan tetamu dan keperluan tambahan seperti homestay, wall candy dan kanopi luar.

Harga RM12,500 RM13,800 RM14,800 RM17,800 RM22,400
Kapasiti Tetamu 300 orang 400 orang 500 orang 700 orang 1000 orang
Homestay ✔️
Wall Candy ✔️ ✔️
Tempat Duduk Indoor & Outdoor Indoor & Outdoor Indoor & Outdoor Indoor & Outdoor
(4 Canopy)
Indoor & Outdoor
(4 Canopy)

Lokasi Nur Qaseh Hall

Hanya 15 minit dari pusat bandar Temerloh, dewan kami bertempat di Maahad Tahfiz Al-Furqan di Temerloh, Pahang. Google/Waze sahaja Maahad Tahfiz Al-Furqan Temerloh, di situlah kami berada.

Hubungi Team Kami

Untuk membuat sebarang tempahan, sila WhatsApp team kami dengan klik butang di bawah.

Anda Berminat?

Hanya isi Google Form ini, kemudian team kami akan hubungi anda.